Wednesday, 16 March 2016

Hiruk Pikuk Penduduk Dunia

Gambar ini menunjukkan penumpang keretapi paling banyak di Bangladesh dan telah memecahkan rekod dunia.Setiap sudut keretapi dipenuhi dengan orang yang ingin pulang ke Dhaka.Kepadatan penduduk di Bangladesh adalah lebih 152 juta orang dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan merupakan salah satu negara yang mempunyai penduduk paling banyak.Bangladesh berada di ranking ke-8 dunia dan negara China berada di ranking pertama dari segi jumlah penduduk.Keluasan negara Bangladesh hanyalah 143,998 juta km persegi.

                                                      PETA NEGARA BANGLADESH
 

Sunday, 13 March 2016

Minggu Karnival Sains Di KMPP


                        Suasana yg meriah di KMPP semasa majlis perasmian minggu karnival sains oleh ketua pengarah jabatan matrikulasi.Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang minggu karnival sains.Antaranya ialah pertandingan roket air,latihan kecemasan oleh bomba,planetarium dan banyak lagi.Rugi kalau tidak pergi melihat dan merasai pengalaman minggu karnival sains.Spesis ular juga turut dipamerkan dan para pelajar serta pensyarah boleh mencuba untuk memegang ular tersebut.

Sunday, 6 March 2016

Pagi yang indah di KMPP.Udara yang sejuk pada waktu pagi.Pada waktu inilah kita perlu bersenam untuk mendapatkan udara yang bersih dan kaya dengan oksigen kerana belum dicemari lagi.Selain itu,cahaya matahari pada waktu pagi juga elok untuk tubuh badan di mana ia mengandungi vitamin D.
Pertandingan catur di antara pelajar bijak pandai di KMPP pada hari program English Extravaganza yang berlangsung selama 3 hari.Program ini dianjurkan oleh unit Bahasa Inggeris bagi meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa antarabangsa ini dan menunjukkan bakat yang ada melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.













Selain aktiviti catur,para pelajar juga boleh mencuba graffiti yang memerlukan kemahiran tangan yang tinggi untuk membentuk gambar dengan menggunakan penyembur cat.Pihak penganjur menunjukkan cara cara yang betul untuk menghasilkan gambar yang cantik kepada pelajar.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Di kesempatan ini saya ingin menunjukkan cara yang biasa digunakan oleh orang kampung untuk menangkap ikan seperti dalam gambar di atas.Kaedah ini menggunakan arus elektrik untuk merenjat ikan dengan menggunakan alat memancing elektrik.Aktiviti ini biasanya dilakukan pada musim kemarau di mana air sungai yang surut memudahkan penangkapan ikan dilakukan.