Pertandingan catur di antara pelajar bijak pandai di KMPP pada hari program English Extravaganza yang berlangsung selama 3 hari.Program ini dianjurkan oleh unit Bahasa Inggeris bagi meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa antarabangsa ini dan menunjukkan bakat yang ada melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Selain aktiviti catur,para pelajar juga boleh mencuba graffiti yang memerlukan kemahiran tangan yang tinggi untuk membentuk gambar dengan menggunakan penyembur cat.Pihak penganjur menunjukkan cara cara yang betul untuk menghasilkan gambar yang cantik kepada pelajar.
No comments:
Post a Comment